Terima Kasih Melayari Blog Ini.Segala Komen Anda Diucapkan Terima Kasih.Terima Kasih Melayari Blog Ini.Segala Komen Anda Diucapkan Terima Kasih.

Friday, 7 December 2012

Kepentingan Berbudi Bahasa






SEJAUH MANAKAH RAKYAT MALAYSIA MENGAMALKAN 
BUDI BAHASA?


Rakyat Malaysia telah lama terkenal dengan amalan berbudi bahasa. Tetapi lama-kelamaan budaya ini kian luntur kerana arus kemodenan. Jika kita lihat remaja-remaja sekarang khususnya kurangnya amalan berbudi bahasa dalam diri mereka. Oleh itu, kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk memulihkan semula amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya golongan remaja.
t Malaysia telah lama terkenal dengan amalan berbudi 
Antara Amalan Berbudi Bahasa :
Menghormati orang lain walau di mana kita berada.
Beratur ketika di jalan raya.
Beratur ketika menaiki kenderaan awam.
Menghormati orang yang lebih tua.
Membantu orang kurang upaya melintas jalan.
DIRI :
Diberi petunjuk di dunia dengan ucapkan kata-kata yang baik.
Sikap yang kasar dan keras hati akan menyebabkan orang akan menjauhkan diri daripada kita.
Mengamalkan amalan berbudi bahasa akan mencerminkan keperibadian seseorang.

MASYARAKAT:
Mendapat layanan yang baik daripada masyarakat.
Melahirkan masyarakat yang baik,bertanggungjawab dan amanah.
Menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain.

NEGARA:
Menjadi khazanah yang boleh diwarisi.
Mengeratkan hubungan silaturrahim serta menyemarakkan lagi semangat muhibbah.
Melahirkan bangsa yang penyayang.
DIRI:
Kurangnya kesedaran sivik terhadap harta benda awam.
Dipandang serong oleh masyarakat.
Tidak dipercayai oleh orang sekeliling.

MASYARAKAT
Keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat.
Wujudnya jurang antara golongan tua dengan golongan muda.
Berlakunya perbalahan antara masyarakat.

NEGARA:
Pembangunan negara akan terbantut kerana tiada persefahaman antara masyarakat.
Meningkatkan kes jenayah dalam negara.
Pandangan serong daripada masyarakat luar.

Ibu bapa wajib mendidik,membimbing dan mengatur anak-anak supaya bertutur dengan baik dan betul serta mempunyai kelakuan terpuji. 
Antaranya :
Patuh, taat, hormat dan menyayangi mereka.
Menghormati orang lain, menghargai alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
Beradab, bertingkah laku sopan dan tertib dalam semua situasi.
Menjaga kebersihan diri, pakaian dan persekitaran.

Antara Adik-Beradik :
Hubungan antara adik-beradik disusun oleh aturan kelahiran dari sulung kepada tengah dan bongsu.Yang muda mesti menghormati yang tua, adik menghormati kakak dan abang dengan memanggil secara baik gelaran atau pangkat yang lazim dalam masyarakat kita.
Antaranya ialah:
Gelaran abang long, abang ngah, kak cik atau sebagainya.
Pergaulan dan kelakuan antara adik beradik perlulah bersopan-santun.
Rasa hormat-menghormati dan setiakawan serta saling bantu-membantu.

Antara Saudara-Mara :
Hubungan darah dan perkahwinan dengan saudara-mara sebelah ibu dan bapa, ipar dan mentua dan sebagainya hendaklah berasaskan rasa hormat, bersopan-santun melalui tegur sapa dan panggilan merekaKomunikasi dan pergaulan saudara-mara juga harus berasaskan rasa hormat dan bersopan-santun.
Kunjung-mengunjungi antara saudara-mara adalah amat baik dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.

Institusi Kemasyarakatan dan Masyarakat Umum :
Antara generasi tua dan generasi muda.
Hubungan antara tua dan muda sentiasa berada dalam suasana hormat-menghormati, sayang-menyayangi dan bertatasusila.
Antaranya:
Mendahulukan yang tua.
Bertegur sapa dengan panggilan pakcik atau makcik atau kakak atau adik jika lebih muda.
Bertutur, bercakap atau berbual dengan nada suara lembut,bersopan dan rendah diri.
Tidak berjenaka sesuka hati, memerli atau memandang rendah,membantah dan bermegah-megah.
Orang muda diberi peluang untuk memberi pendapat atau pandangan.

Pemimpin Masyarakat dan Orang Awam :
Hidup bermasyarakat memerlukan tutur kata yang sopan dan berbudi pekerti yang mulia. 
Antaranya :
Menghormati seseorang yang dipilih menjadi pemimpin.
Bekerja bersama-sama, bermuafakat dan berunding.
Semangat bergotong royong.

Masyarakat Umum :
Anggota masyarakat yang berbudi adalah orang yang menunjukkan perangai, kelakuan serta peribadi yang baik dan sentiasa menjaga dirinya dari segala macam perlakuan buruk yang tidak disetujui masyarakat. 
Antaranya :
Memberi bantuan terutama kepada warga tua, warga istimewa, wanita dan kanak-kanak.
Bertimbang rasa, sabar dan baik hati.
Mengelak dari membuang sampah dan melakukan kekotoran.

Institusi Pembelajaran :
Antara Guru-Pelajar.
Guru mendidik pelajar termasuklah amalan berbudi bahasa dan berakhlak mulia.
Antaranya :
Berdisiplin.
Bertegur sapa dengan penuh hormat dan bersopan-santun.
Menggunakan bahasa yang sopan dan beradab.
Berani mengakui kesilapan dan kesalahan sendiri.

Antara Pelajar-Rakan Sebaya :
Saling menghormati sesama rakan. 
Antaranya :
Membiasakan diri mengucapkan salam atau ucap selamat.
menghargai perbezaan beragama, latar belakang masyarakat dan budaya masing-masing.
menghargai idea, fikiran dan pendapat serta hak milik rakan sebaya.

Institusi Perkhidmatan :
Antara Ketua-Anggota yang Dipimpin Ketua.
Layanan baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan rasa mesra dan mendorong semua kakitangan berusaha keras untuk membantu ketua mencapai matlamat organisasi.

Antara Rakan Sekerja :
Sesama rakan sekerja perlulah menunjukkan budi pekerti yang mulia dan bahasa yang halus serta bertimbang rasa akan sentiasa menarik rakan sekerja untuk bersama menjalankan kerja yang bermutu, membina kesatuan organisasi dan juga mencapai matlamat dan misi organisasi.






Antara Organisasi- Pelanggan :
Anggota perkhidmatan yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan perkhidmatan telefonis menjadi cermin kepada seluruh organisasi yang diwakilinya.

Individu :
Dipandang serong oleh masyarakat.
Mudah mendapatkan pertolongan ketika berada dalam kesusahan.
Mudah didampingi oleh orang lain.
Melahirkan individu yang beretika dan bersopan-santun.

Masyarakat :
Mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum.
Mengelakkan perbalahan sesama masyarakat.
Melahirkan masyarakat yang bertamadun.

Negara :
Mempamerkan nilai-nilai positif kepada pelancong asing.
Menarik minat pelancong asing untuk sentiasa berkunjung ke negara kita.
Meningkatkan pendapatan negara.
 

Selamat membaca.Terima kasih =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...